Wednesday, 17 April 2013

Sekularisme


SEKULARISME

Merupakan satu ideologi terkini. Matlamat usaha penyebaran ideologi ini untuk melahirkan idea dan nilai sekular dalam jiwa setiap individu, masyarakat, dan mendaulatkan negara sekular. Perjuangan utamanya berkaitan dengan urusan keduniaan yang mesti dipisahkan  daripada hal-hal keagamaan seperti politik, ekonomi, sosial, pentadbiran dan undang-undang.

Selain itu, ia juga turut memperjuangkan hak kebebasan mutlak setiap individu daripada peraturan dan ajaran agama yang dilaksanakan oleh pihak pemerintah dalam sesebuah negara. Perjuangannya lebih sengit terutama terhadap pemerintah yang bersifat neutral dalam hal-hal keagamaan dan tidak memberikan kedudukan istimewa kepada sesebuah agama.

Prinsip Sekularisme menegakkan kepercayaan bagi setiap keputusan yang diambil mesti bersumberkan daripada pemikiran akal manusia yang terlebih dahulu terhasil melalui bukti ujikaji bukan hasil doktrin agama.

Definisi Sekularisme

·         Perkataan asal daripada perkataan Latin ’saeculum’ yang membawa maksud masa dan tempat.
·         Masa ialah masa sewaktu kita menjalani kehidupan dan tempat merujuk kapada kehidupan dunia  yang nyata.  
·         Berfokus kepada kehidupan dunia yang sempurna untuk kesejahteraan dunia yang  tidak berkaitan dengan hari akhirat atau pembalasan.Juga memberi maksud pemisahan zahir dan batin, fizikal dan spiritual, rohani dan jasmani.
·         Satu fahaman berkaitan dengan pemisahan secara mutlak antara agama dengan dunia.  
·         Sebuah falsafah menggesa agar agama dan nilai-nilainya  mesti diasingkan daripada kehidupan manusia.
·         Sebuah doktrin yang berteraskan kepada keperluan  dan kehendak  manusia tanpa merujuk kepada kepercayaan Tuhan dan masa depan iaitu hari  akhirat. 
·         Menafikan kewujudan tuhan


NEGARA SEKULAR

Merujuk kepada gagasan negara yang menerima anutan fahaman sekular bagi negara tersebut. Takrifnya ialah kepercayaan yang mendalam terhadap pengasingan antara gereja dan negara serta menghalang pendidikan agama diajar pada peringkat sekolah. Dalam istilah politik ialah satu gerakan ke arah pemisahan antara agama dan kerajaan.


Sejarah Kemunculan Sekularisme

Sejarah kemunculan ini berlaku disebabkan dua faktor iaitu
I.        Penentangan & Pengasingan Kuasa Gereja.
II.          Kemunculan Teori Charles Darwin.   

Penentangan Dan Pengasingan Kuasa Gereja

Lahir dan mula bertapak di negara Barat pada abad pertengahan iaitu pada zaman pembaharuan Eropah sebagai satu tindak balas rakyat terhadap sikap gereja. Gerakan golongan Protestan yang menentang Katolik pada abad pertengahan berlaku untuk menghapuskan dasar penguasaan dan kawalan ke atas cara hidup bangsa Eropah secara keseluruhan.

Kemunculan Teori Charles Darwin

Charles Robert Darwin merupakan seorang ahli Biologi berbangsa Inggeris. Beliau mengikut serta sebuah kapal laut untuk mengelilingi dunia dan hasil penelitian tentang tatacara penciptaan alam melahirkan teori Evolusi Species. Beliau berpendapat seluruh makhluk hidup berubah menjadi makhluk yang lain lantaran sebuah proses evolusi dan penyempurnaan. Dalam buku beliau, "Tabar-e Insan",beliau menjelaskan beberapa sifat lahiriah dan ciri jiwa manusia merupakan evolusi yang dialami oleh kera dan monyet. Doktrin dasar Darwinisme menyatakan makhluk hidup muncul menjadi ada dengan sendirinya secara spontan. Teori Evolusi ini bertukar kepada falsafah materialisme atau kebendaan.

Perinsip-prinsip Sekularisme

Ø  Meningkatkan penguasaan kebendaan dalam kalangan umat manusia
Ø  Prinsip moral yang bebas/liberal
Ø  Prinsip Utilitarian

 Ciri-ciri Sekularisme

1.    Penafian hal-hal kerohanian
2.    Menafikan adanya nilai hidup yang tetap.
3.    Menolak keimanan kepada Allah dan konsep ibadah.
4.    Beranggapan bahawa institusi politik dalam peradaban kaum muslimin masa lampau adalah cerminan dan warisan tradisi yang tidak ada kaitan dengan hukum syariat yang suci.
5.     Penafian terhadap kewibawaan orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam bidang agama.

6.    Menyebarkan faham-faham yang boleh menimbulkan keraguan terhadap Islam untuk kepentingan politik sendiri.

Kaedah Penyebaran Fahaman Sekularisme

Penyebaran Sekularisme Melalui Pendidikan
Dikenalpasti melalui lembaga pendidikan seperti membatasi pendidikan agama Islam secara fizikal dan moral.

1.Menghantar Pelajar Ke Negara Luar Untuk Melanjutkan Pengajian
ü  Menyebabkan para pelajar dan tenaga muda bertambah jahil terhadap agama

2.Menghapuskan Pelajaran Agama atas Nama Pendidikan
ü  Membawa slogan pembaharuan dengan memasukkan pembelajaran umum dalam setiap perkuliahan. Beberapa mata pelajaran yang tidak disenangi seperti konsep jihad dimansuhkan yang menyebabkan pula roh jihad turut hilang.

3.Memperkenalkan Institusi Pendidikan Asing di Negara-negara Islam
ü  Gagasan itu digerakkan bertujuan untuk mengeluarkan umat Islam dari agama mereka atau sekurang-kurangnya menyelewengkan akidah.

4.Pergaulan Bebas
ü  Membenarkan malah menggalakkan percampuran bebas antara lelaki dan perempuan dalam sesi pengajaran.

Penyebaran Sekularisme Melalui Media Massa
Mendorong ke arah kejatuhan Islam

Penyebaran Sekularisme Melalui Undang-undang
Memastikan agar undang-undang Islam tidak dirujuk walau dalam masalah yang sangat kecil sehingga Islam kelihatan tinggal namanya sahaja.

Kekuasaan Manusia(MANPOWER)
·         Manusia bercita-cita tinggi.
·         Manusia menggunakan akalnya untuk mencapai cita-cita.
·         Akal yang betul dapat membentuk nilai moral yang baik dan sebaliknya.
·         Kelemahan manusia bercita-cita tinggi ialah prinsip ini tidak realistik,  menggalak manusia mencari kebendaan dan status moral.
·         Manusia perlu memaksimumkan daya usaha untuk meningkatkan daya pengeluaran semaksimum.

 Liberalisme

Liberalisme merupakan falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi liberalisme menekankan hanya kepada hak-hak peribadi dan kesamarataan peluang.Fahaman liberalisme mempunyai sifat-sifat seseorang individu itu mempunyai kebebasan tanpa sekatan ataupun dengan sekatan yang minimum dalam ekonomi, politik dan sosial.

MODENISME

Merupakan proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat. Ia juga merupakan aliran yang terhasil daripada gerakan-gerakan di Amerika Latin yang memperjuangkan pembebasan dan autonomi budaya baru supaya dapat membebaskan diri daripada cengkaman hagemoni kebudayaan Sepanyol. Gerakan ini menekankan kuasa manusia mencipta, membaiki dan membentuk semula persekitaran mereka dengan bantuan sains, teknologi dan uji kaji praktikal.

Humanisme

Humanisme menganggap bahawa manusia adalah pusat segala-galanya dan manusia itu Tuhan Yang Maha Agong.Dialah yang menentukan hukum-hakam.Tuhan tidak berperanan di muka bumi ini.

Sifat-sifat Humanisme  

1)Percampuran bebas
2) Penggunaan istilah-istilah yang mengelirukan
3) Penukaran peranan antara lelaki dan perempuan
4) Gerakan pembebasan wanita
5) Kaunseling berkelompok
6) Pendidikan seks