
Ringkasan Bab 3
Tuesday, 19 November 2013
Im sO H3pi & LucKy

Wednesday, 17 April 2013
Sekularisme
SEKULARISME
Merupakan satu
ideologi terkini. Matlamat usaha penyebaran ideologi ini untuk melahirkan idea
dan nilai sekular dalam jiwa setiap individu, masyarakat, dan mendaulatkan
negara sekular. Perjuangan utamanya berkaitan dengan urusan keduniaan yang
mesti dipisahkan daripada hal-hal keagamaan seperti politik, ekonomi,
sosial, pentadbiran dan undang-undang.
Selain itu, ia juga
turut memperjuangkan hak kebebasan mutlak setiap individu daripada peraturan
dan ajaran agama yang dilaksanakan oleh pihak pemerintah dalam sesebuah negara.
Perjuangannya lebih sengit terutama terhadap pemerintah yang bersifat neutral
dalam hal-hal keagamaan dan tidak memberikan kedudukan istimewa kepada sesebuah
agama.
Prinsip Sekularisme
menegakkan kepercayaan bagi setiap keputusan yang diambil mesti bersumberkan
daripada pemikiran akal manusia yang terlebih dahulu terhasil melalui bukti
ujikaji bukan hasil doktrin agama.
Definisi Sekularisme
·
Perkataan asal daripada perkataan Latin ’saeculum’ yang membawa
maksud masa dan tempat.
·
Masa ialah masa sewaktu kita menjalani kehidupan dan tempat
merujuk kapada kehidupan dunia yang
nyata.
·
Berfokus kepada kehidupan dunia yang sempurna untuk
kesejahteraan dunia yang tidak berkaitan
dengan hari akhirat atau pembalasan.Juga memberi maksud pemisahan zahir dan batin,
fizikal dan spiritual, rohani dan jasmani.
·
Satu fahaman berkaitan dengan pemisahan secara mutlak antara
agama dengan dunia.
·
Sebuah falsafah menggesa agar agama dan nilai-nilainya mesti diasingkan daripada kehidupan manusia.
·
Sebuah doktrin yang berteraskan kepada keperluan dan kehendak manusia tanpa merujuk
kepada kepercayaan Tuhan dan masa depan iaitu hari akhirat.
·
Menafikan kewujudan tuhan
NEGARA SEKULAR
Merujuk kepada gagasan
negara yang menerima anutan fahaman sekular bagi negara tersebut. Takrifnya
ialah kepercayaan yang mendalam terhadap pengasingan antara gereja dan negara
serta menghalang pendidikan agama diajar pada peringkat sekolah. Dalam istilah
politik ialah satu gerakan ke arah pemisahan antara agama dan kerajaan.
Sejarah Kemunculan Sekularisme
Sejarah kemunculan ini
berlaku disebabkan dua faktor iaitu
I.
Penentangan & Pengasingan Kuasa Gereja.
II.
Kemunculan Teori Charles Darwin.
Penentangan Dan Pengasingan Kuasa Gereja
Lahir dan mula bertapak
di negara Barat pada abad pertengahan iaitu pada zaman pembaharuan Eropah
sebagai satu tindak balas rakyat terhadap sikap gereja. Gerakan golongan
Protestan yang menentang Katolik pada abad pertengahan berlaku untuk
menghapuskan dasar penguasaan dan kawalan ke atas cara hidup bangsa Eropah
secara keseluruhan.
Kemunculan Teori Charles Darwin
Charles Robert Darwin
merupakan seorang ahli Biologi berbangsa Inggeris. Beliau mengikut serta sebuah
kapal laut untuk mengelilingi dunia dan hasil penelitian tentang tatacara
penciptaan alam melahirkan teori Evolusi Species. Beliau berpendapat seluruh
makhluk hidup berubah menjadi makhluk yang lain lantaran sebuah proses evolusi
dan penyempurnaan. Dalam buku beliau, "Tabar-e Insan",beliau
menjelaskan beberapa sifat lahiriah dan ciri jiwa manusia merupakan evolusi
yang dialami oleh kera dan monyet. Doktrin dasar Darwinisme menyatakan makhluk
hidup muncul menjadi ada dengan sendirinya secara spontan. Teori Evolusi ini
bertukar kepada falsafah materialisme atau kebendaan.
Perinsip-prinsip
Sekularisme
Ø Meningkatkan
penguasaan kebendaan dalam kalangan umat manusia
Ø Prinsip moral yang
bebas/liberal
Ø Prinsip Utilitarian
Ciri-ciri
Sekularisme
1. Penafian hal-hal kerohanian
2. Menafikan adanya nilai
hidup yang tetap.
3. Menolak keimanan
kepada Allah dan konsep ibadah.
4. Beranggapan bahawa institusi politik dalam
peradaban kaum muslimin masa lampau adalah cerminan dan warisan tradisi yang
tidak ada kaitan dengan hukum syariat yang suci.
5. Penafian terhadap kewibawaan orang-orang yang mempunyai
kedudukan yang tinggi dalam bidang agama.
6. Menyebarkan faham-faham yang boleh menimbulkan
keraguan terhadap Islam untuk kepentingan politik sendiri.
Kaedah Penyebaran Fahaman Sekularisme
Penyebaran Sekularisme
Melalui Pendidikan
Dikenalpasti melalui
lembaga pendidikan seperti membatasi pendidikan agama Islam secara fizikal dan
moral.
1.Menghantar Pelajar
Ke Negara Luar Untuk Melanjutkan Pengajian
ü Menyebabkan para
pelajar dan tenaga muda bertambah jahil terhadap agama
2.Menghapuskan
Pelajaran Agama atas Nama Pendidikan
ü Membawa slogan
pembaharuan dengan memasukkan pembelajaran umum dalam setiap perkuliahan.
Beberapa mata pelajaran yang tidak disenangi seperti konsep jihad dimansuhkan
yang menyebabkan pula roh jihad turut hilang.
3.Memperkenalkan
Institusi Pendidikan Asing di Negara-negara Islam
ü Gagasan itu digerakkan
bertujuan untuk mengeluarkan umat Islam dari agama mereka atau
sekurang-kurangnya menyelewengkan akidah.
4.Pergaulan Bebas
ü Membenarkan malah
menggalakkan percampuran bebas antara lelaki dan perempuan dalam sesi
pengajaran.
Penyebaran Sekularisme
Melalui Media Massa
Mendorong ke arah
kejatuhan Islam
Penyebaran Sekularisme
Melalui Undang-undang
Memastikan agar
undang-undang Islam tidak dirujuk walau dalam masalah yang sangat kecil sehingga
Islam kelihatan tinggal namanya sahaja.
Kekuasaan Manusia(MANPOWER)
·
Manusia bercita-cita tinggi.
·
Manusia menggunakan akalnya untuk mencapai cita-cita.
·
Akal yang betul dapat membentuk nilai moral yang baik dan
sebaliknya.
·
Kelemahan manusia bercita-cita tinggi ialah prinsip ini tidak
realistik, menggalak manusia mencari kebendaan dan status moral.
·
Manusia perlu memaksimumkan daya usaha untuk meningkatkan daya
pengeluaran semaksimum.
Liberalisme
Liberalisme merupakan
falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi
liberalisme menekankan hanya kepada hak-hak peribadi dan kesamarataan
peluang.Fahaman liberalisme mempunyai sifat-sifat seseorang individu itu
mempunyai kebebasan tanpa sekatan ataupun dengan sekatan yang minimum dalam
ekonomi, politik dan sosial.
MODENISME
Merupakan proses
transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat. Ia juga
merupakan aliran yang terhasil daripada gerakan-gerakan di Amerika Latin yang
memperjuangkan pembebasan dan autonomi budaya baru supaya dapat membebaskan
diri daripada cengkaman hagemoni kebudayaan Sepanyol. Gerakan ini menekankan
kuasa manusia mencipta, membaiki dan membentuk semula persekitaran mereka
dengan bantuan sains, teknologi dan uji kaji praktikal.
Humanisme
Humanisme menganggap
bahawa manusia adalah pusat segala-galanya dan manusia itu Tuhan Yang Maha
Agong.Dialah yang menentukan hukum-hakam.Tuhan tidak berperanan di muka bumi
ini.
Sifat-sifat Humanisme
1)Percampuran bebas
2) Penggunaan istilah-istilah
yang mengelirukan
3) Penukaran peranan
antara lelaki dan perempuan
4) Gerakan pembebasan
wanita
5) Kaunseling
berkelompok
6) Pendidikan seks
Subscribe to:
Posts (Atom)